Sistem Pendidikan Yang Sedang Digubal Akan Memastikan Sekolah Bukan Lagi Tempat Penuh Tekanan.

Pada hari Sabtu (24 Ogos 2019) yang lalu, Malaysia telah digemparkan dengan penemuan seorang pelajar yang berusia 13 tahun dalam keadaan tergantung di bilik air rumahnya di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut ibu bapanya, pelajar tersebut dipercayai telah menggantung dirinya sendiri akibat tekanan yang dialaminya di sekolah. Walau bagaimanapun, siasatan polis masih dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematian.

“Jadi, buat masa ini masih terlalu awal untuk buat apa-apa kerana kita masih tunggu laporan siasatan polis dan kementerian,” kata YB Maszlee Malik kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok yang terjejas akibat ribut baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kementerian juga akan menjalankan siasatan sendiri berhubung kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan, termasuk mengubah modul pembelajaran sekiranya perlu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jawatan Kuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) sedang dalam proses untuk menggubal sekali gus melahirkan sebuah sistem pendidikan yang tidak memberi tekanan kepada semua pemegang taruh terutamanya pelajar dan guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *