Peruntukan Pendidikan 2020

Permainan politik perkauman yang sempit tanpa asas fakta yang kukuh memang dah lama jadi mainan BN. Sebab tu Belanjawan 2020 pun dia pusing boleh jadi rasis. Tapi hakikatnya?

Ni ialah agihan Peruntukan Pendidikan sebenar. Secara mudahnya, memang ada Pertambahan 150 Juta Kepada Institusi Pendidikan Islam.

Ini rumusan perbandingan Belanjawan BN 2018 dan Belanjawan 2020 (PH). Mereka bukan main lagi wayang kata mereka lagi baguih. Padahal… tengok ni:

Dalam Belanjawan terakhir Barisan Nasional (BN) pada tahun 2018 mereka memperuntukkan RM550 juta untuk sektor pendidikan dengan perincian seperti berikut:

Sekolah Kebangsaan – RM250 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM50 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – RM50 juta
Sekolah Mubaligh – RM50 juta
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta
Maktab Rendah Sains MARA – RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta.

Manakala Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Belanjawan 2020 pula memperuntukkan RM735 juta dengan perincian seperti berikut:

Sekolah Kebangsaan – RM300 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM50 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – RM50 juta
Sekolah Mubaligh – RM50 juta
Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta
Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta

Dengan tambahan peruntukan kepada (yang tidak diberi oleh Najib ketika BN memerintah);

Sekolah Tahfiz – RM50 juta
Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian – RM25 juta
Sekolah Pondok Berdaftar – RM25 juta
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan – RM20 juta
Sekolah Menengah Persendirian Cina – RM15 juta.

Ini bermakna, jumlah peruntukan diterima Sekolah Kebangsaan meningkat sebanyak RM50 juta.

Kita juga dapat perhatikan bahawa peruntukan yang diterima oleh institusi pendidikan Cina melihatkan peningkatan ketara jika dicampur secara keseluruhan, RM85 juta daripada hanya RM50 juta pada tahun 2018.

Namun begitu, dalam masa sama kita juga melihat peningkatan signifikan terhadap peruntukan bagi institusi pendidikan agama Islam iaitu RM150 juta berbanding hanya hanya RM50 juta pada tahun 2018.

Agihan peruntukan terhadap institusi pendidikan Islam di bawah Belanjawan 2020 juga melibatkan penambahan kategori dan lebih khusus seperti Sekolah Tahfiz, sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian & Sekolah Pondok Berdaftar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *