Perkhidmatan 1Bestarinet Akhirnya Ditamatkan Setelah 7 Tahun

Sejak 2012, 1Bestarinet telah membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan talian internet dan aplikasi persekitaran pembelajaran virtual(VLE) kepada 10,211sekolah di seluruh negara.

Selepas tujuh tahun,kontrak perkhidmatan itu akant amat pada 30 Jun 2019.

Mulai1 Julai2019, perkhidmatan talian internet ke sekolah diseluruh negara akan dibekalkan oleh tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Tiga syarikat ISP itu juga akan menyediakan perkhidmatan talian internet ke beberapa bahagian di KPM dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) di seluruh negara.

Perkhidmatan ini adalah bagi tempoh enam bulan sehingga 31 Disember 2019. KPM akan memilih penyedia perkhidmatan internet yang baharu bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 selepas melakukan penilaian danp enambahbaikan yang diperlukan.

Sebahagian besar daripada 10,211 sekolah akan mula menerima perkhidmatan talian internet interim ini seawal 1 Julai 2019. Sebahagian kecil sekolah, terutama di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak, akan mengalami sedikit gangguan yang dijangka di selesaikan sebelum akhir Julai.

Dalam pada itu, susulan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa2, KPM memutuskan untuk menggunapakai pelantar pembelajaran Google Clasroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan, KPM telah mewujudkan talian khas bantuan atau Help Desk menerusi MyGCC 03-8000 8000 atau e-mel [email protected] atau [email protected] bagi membantu semua pihak terlibat menikmati perkhidmatan terbaik dan tanpa gangguan sepanjang tempoh yang dimaksudkan.

Berdasarkan maklum balas yang KPM terima selama ini,usaha di atas dilakukan sebagai langkah prihatin ke atas guru dan anak-anak dan mahukan yang terbaik untuk warga sekolah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

27 JUN 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *