Menteri Pendidikan Terharu Melihat Abdul Manaf Berjaya Ke Universiti

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan YB Dr Maszlee Malik memuat naik keterharuan dan kegembiraan beliau mendapat tahu adik Abdul Manaf yang pernah tular kerana terlalu miskin tetapi cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia telah berjaya melangkah masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, di Gambang, Pahang.

Berikut kami salinkan semula ucapan yang sangat menyentuh hati oleh Menteri Pendidikan tersebut:

Dahulu ketika mendapat tahu keadaan Abdul Manaf, saya resah. Pelajar tekun dan cemerlang begini tak boleh dibiarkan masa hadapannya tertutup hanya kerana kekangan ekonomi keluarga yang beliau hadapi.

Hampir setahun lamanya kita di Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan yang sangat mendalam terhadap golongan orang B40 (tanpa mengabaikan golongan M40 dan T20). Kita melihat secara menyeluruh, dari A sampai Z, terutama sekali isu-isu dasar yang perlu dirangka dan ditambahbaik.

Yang pasti, kita mahu kualiti pendidikan yang adil dan saksama dapat diakses tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi seseorang.

Dan insan seperti Abdul Manaf membuktikannya. Tiada perkataan untuk mengungkapkan rasa gembira saya bertemu dengan Abdul Manaf ketika melawat UIA Gambang baru-baru ini dan melihat beliau sudah melangkah masuk ke universiti dengan jayanya.

Kepada Abdul Manaf, saya doakan kejayaan dan kesejahteraan berpanjangan. Gapailah masa hadapan yang indah dan gemilang bermula hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *