KPM, KPDNHEP Banteras Gejala Vape Di Sekolah Secara Meluas

Hari ini, rokok elektronik bukan sahaja semata-mata merujuk kepada vape bahkan banyak lagi nama lain seperti eRokok, vapor dan e-cig. Ini secara tak langsung menjadikan kita tercungap-cungap mahu mengejar kepesatan perkembangan teknologi yang merosakkan kesihatan ini.

Diam-diam, vape telahpun meluaskan jangkauannya hingga sampai ke tangan remaja. Makin menakutkan apabila sejak seminggu dua kebelakang ini, anak-anak sekolah sudah mula mencuba-cuba menyedut vape di kawasan sekolah.

Kita melihat betapa rumitnya permasalahan vape ini apabila melibatkan sehingga tiga kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Masing-masing membanting tulang cuba menyelesaikan isu ini. Hari ini sahaja, berapa banyak gerak gempur dijalankan oleh KKM untuk merampas ‘Ghost Smoke’ yang berleluasa di jual oleh pekedai-pekedai tak bertanggungjawab.

Terdahulu KPM telah mengeluarkan kenyataan, “bagi memastikan perbuatan itu tidak terus berleluasa, kementerian akan berkerjasama erat dengan KPDNHEP untuk membendung jualan bahan berkenaan, terutama kepada murid sekolah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *