Kenal Jawi Hanya Melalui Lima Simpulan Bahasa, Tapi Bising Satu Dunia

Hari ini, akhbar tempatan Cina dan Tamil mengeluarkan kenyataan rasmi daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkaitan penolakan DAP Sarawak ke atas rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) Darjah 4. Tambahnya lagi, pelaksanaan tulisan khat itu dilihat sebagai syak wasangka, tentangan dan kebencian.

Enam akhbar Cina dan Tamil termasuklah Tamil Malar, Malaysia Nanban, Makkal Osai, Sin Chew, Oriental Daily, Guang Ming dan Kwong Wah berkata, sebanyak 12 pertubuhan Cina dan Tamil telah bergabung tenaga bagi membincangkan perkara sama.

12 pertubuhan ini kemudiannya bersepakat untuk berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bagi menyampaikan pendirian dan permintaan mereka termasuk agar wakil daripada pertubuhan Cina dan Tamil dilantik untuk menyertai semakan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks tersebut.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau akan membincangkan semula isu tulisan khat ini sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pulang dari lawatan kerja ke Fukuoka, Jepun pada 8 Ogos ini.

Terdahulu, kerajaan telah memberikan kenyataan bahawa:

  1. Buku teks BM Darjah 4 yang dikatakan mengandungi pembelajaran Khat Jawi berkenan hanyalah wujud pada 6 muka surat (daripada 164 mukasurat).
  2. Pembelajaran khat dijangka dipelajari sebanyak lima hingga enam kali sahaja sepanjang tahun persekolahan dan tidak dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan.
  3. Tulisan khat yang diperkenalkan ini sebenarnya hanya memerlukan murid Tahun 4 tersebut belajar menulis dalam bentuk tulisan khat dan memahami contoh penggunaan lima simpulan BM iaitu ringan tulang, buah tangan, ambil berat, ibu kandung dan baik hati.

Maka, menjadi sebuah persoalan yang sangat penting kenapa wujudnya golongan yang terlalu sensitif ini? Mengapa hendak marah-marah dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat Malaysia?

Akan terjejaskah pegangan agama murid Tahun 4 tersebut semata-mata kerana mereka dikehendaki menulis dalam bentuk tulisan khat lima simpulan Bahasa Melayu ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *