Guru Boleh Bekerja Dari Rumah Jika Sekolah Tutup Ekoran Jerebu: Maszlee

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Rabu telah mengumumkan beberapa keputusan terkini berkaitan masalah jerebu yang sedang melanda di negara ini.

Ia juga memberi kesan kepada lebih 2000 buah sekolah di seluruh Malaysia. Hari ini sahaja, IPU di kawasan Samarahan, Sarawak sudah melebihi 400.

Guru-guru juga tidak terlepas dari fokus Kementerian Pendidikan untuk terus mendapatkan kebajikan yang selayaknya.

Berikut merupakan beberapa pengumuman yang dibuat oleh Maszlee menerusi siaran live di facebook Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung isu itu.

1) Guru-guru dibenarkan bekerja dari rumah sekiranya sekolah ditutup. Ada hak untuk tidak datang ke sekolah dan perlu memberitahu pengetua dan guru besar.

2) Semua pengumuman penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari, selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.

3) Pengetua dan guru besar boleh mengumumkan penutupan sekolah sekiranya pada pandangan mereka keadaan jerebu semakin teruk dan berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari tersebut.

4) Sekiranya sekolah diumumkan tutup setelah penjaran dan pembelajaran berjalan, murid-murid masih boleh berada di sekolah dan P&P akan berjalan seperti biasa sehinggalah waktu persekolahan bagi sesi tersebut. (Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak-anak).

5) Guru boleh berhubung dan beri tugasan dengan murid dari rumah menggunakan Google Classroom.

6) Insitusi Pengajian Tinggi diberi pilihan untuk membuat pengumuman penutupan, ada hak untuk ditutup.

7) Murid-murid dan guru dinasihatkan agar mengutamakan kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air.

8) Pentadbir sekolah perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

9) Persoalan mengenai sesi persekolah yang ditutup perlu diganti? Kementerian Pendidikan masih belum membuat keputusan mengenai hal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *