Bagaimana Pendidikan Sivik Dapat Melahirkan Pelajar Berminda Kelas Pertama?

Selasa lalu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah merasmikan Majlis Pelancaran Sivik Peringkat Kebangsaan 2019 di Putrajaya.

Namun begitu, adakah kita faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pendidikan Sivik ini?

Mengapa Pendidikan Sivik ?

Pendidikan sivik perlu diterap dalam diri anak-anak untuk memastikan mereka mempunyai sifat tanggungjawab terhadap masyarakat dengan mengetahui hak sesama manusia dan bermoral tinggi.

Perkara ini sangat penting untuk memastikan setiap anak yang dilahirkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bahkan dunia.

Apakah teras nilai dalam Pendidikan Sivik ?

Antara teras nilai yang ditekankan dalam pendidikan sivik adalah kasih sayang, bertanggungjawab, hormat menghormati dan kegembiraan. Kita percaya jika keempat-empat teras ini diadun bersama dan ditanamkan dalam diri anak-anak seawal di bangku sekolah lagi, maka generasi yang bakal dilahirkan mampu menongkah arus dunia tanpa meminggirkan sifat insaniah yang mulia.

Apakah impak Pendidikan Sivik kepada anak-anak kita?

Dengan pendidikan sivik ini, anak-anak yang bakal dilahirkan dari sekolah bakal kaya dengan pengetahuan tentang komitmen seorang warganegara sekaligus mampu memberi kesan besar terhadap pembangunan negara.

Anak-anak juga bakal diajar untuk saling harga-menghargai antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Negara ini dibina bersama dan dikongsi bersama. Maka semangat kebersamaan ini begitu penting untuk dipupuk dalam diri anak-anak.

Anak-anak kita juga akan didedahkan dengan prinsip amanah (integriti), disiplin, rajin, benci rasuah dan salah guna kuasa, benci buli termasuklah sikap prihatin kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Apakah makanisme pembelajaran Pendidikan Sivik?

Sesuatu yang baharu dalam pendidikan sivik yang dibawa oleh KPM kali ini menawarkan makanisme yang lebih menyeluruh iaitu dengan menerapkan nilai sivik dalam bilik darjah (Literasi Sivik) melalui pelbagai subjek seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Lebih menarik lagi pendidikan sivik ini akan dirangkumkan dengan pembabitan aktiviti luar bilik darjah (Amali Sivik) di mana anak-anak dapat berinteraksi bersama masyarakat umum secara langsung. Flatfom seperti kokurikulum, penglibatan badan-badan korporat, PIBG dan lain-lain akan dimanfaatkan demi memastikan impian ini turut sana melibatkan masyarakat luar sekolah.

Kita yakin inisiatif dan usaha ini bakal memberi impak yang besar terhadap pendidikan negara; bukan sahaja mampu melahirkan anak-anak cemerlang akademik, bahkan anak-anak berminda sivik kelas pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.