Susah Sangat ke Nak Belajar Menghormati Warisan Sejarah Negara Melalui Belajar Jawi?

Umum mengetahui bahawa penggunaan tulisan jawi adalah sangat signifikan di Malaysia. Penggunaan tersebut merentas agama dan bangsa. Ianya adalah lambang dan warisan negara bangsa.

Kita boleh lihat pada setiap helaian wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ada tertulis nilaian wang tersebut di dalam tulisan jawi. Kita juga boleh lihat tulisan jawi tertulis kepada pada jata Malaysia.

Tidak perlu pergi jauh, dua perkara ini sudah cukup menjadi contoh yang sangat dekat dan sering digunapakai oleh semua bangsa Malaysia tidak kira kaum dan agama.

Terdahulu, Dr. Maszlee di dalam kenyataannya kepada Malaysia kini berkata, “Jika kita (rakyat) melihatnya sebagai pengenalan khat sahaja, ia akan mengundang kemarahan sesetengah kumpulan masyarakat. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang membantah tetapi bagi mereka (pihak yang membantah) semua yang dilakukan oleh kerajaan pasti ada udang di sebalik batu.”

Malaysia, mengertilah – jawi adalah warisan turun temurun nenek moyang kita. Ianya bahkan melepasi batas perkauman dan keagamaan. Ia melahirkan sebuah negara bangsa. Ia melahirkan jati diri dan sifat kekitaan. Jawi, menyatukan semula kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.