Tiada Tandingan: Tun M Lelaki Malaysia Paling Berpengaruh

Siapa sangka lelaki yang lahir pada 10 Julai 1925 dahulu terus menerus menjadi perhatian rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Beliau telah diangkat sebagai negarawan yang tiada tandingan oleh rakyat Malaysia walaupun usianya sudah menjangkau 94 tahun.

Siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri Malaysia ke-7 YAB Tun Dr Mahathir atau cukup dikenali sebagai ‘Tun M’.

Hari ini sekali lagi karismatik Tun M diiktiraf oleh dunia. YouGov, sebuah firma Kajian dan Analisa Data Internet Antarabangsa British mewartakan Tun Mahathir sebagai manusia yang paling berpengaruh di Malaysia.

YouGov turut melaporkan pengaruh Tun M telah mengalahkan populariti angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menduduki tempat kedua dalam senarai lelaki paling dikagumi di Malaysia.

Walaupun bukan seorang atlet, pengaruh Tun M juga turut mengalahkan lagenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menduduki tangga ke keenam.

Pengaruh Tun M juga turut mengalahkan figura-figura antarabangsa seperti pengasas microsoft dan dermawan Bill Gates yang menduduki tempat keempat, pengasas Alibaba Jack Ma di tempat kelima dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg menduduki tempat kesembilan.

Tun M akan terus bertakhta di hati rakyat Malaysia sebagai seorang negarawan, sebagai seorang orang tua di hujung usia yang tak kenal erti penat lelah dan  sebagai seorang manusia yang tak jemu berbakti kepada manusia.

Tun M mengajak kita untuk percaya sekiranya kita cintakan negara dengan sepenuh hati, maka kehormatan sebagai warga negara dikongsi bersama tanpa kira agama dan bangsa.

Tun M juga menyedarkan kita bahawa umur cumalah angka. Umur bukan penghalang untuk kita terus bercita-cita dan bekerja; dan yang lebih penting lagi selagi nyawa dikandung badan, kita harus berbakti kepada negara hingga habis usia.

Terima kasih Tun. Sesungguhnya ‘Atok’ lelaki Malaysia yang tiada tandingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.